Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Tuesday, May 8, 2012

Perniagaan adalah Perjuangan

Assalamualaikum semua.

Setelah melibatkan diri dalam projek Pembangunan usahawan dalam beberapa industri, saya benar-benar merasakan Perniagaan adalah satu perjuangan. Ummah ini dan masyarakat ini perlu kepada kemahiran Pemasaran yang unik dan praktikal. Bukan teknik pemasaran yang theorethical, serabut dan akhirnya tidak dapat dilaksanakan.

Justeru, Bahulu Malaysia melalui Gemilang Consultant and Management sedang giat menyiapkan Modul Pemasaran Praktikal khusus untuk usahawan-usahawan domestik yang bermodal kecil. Posting ini hanya intro untuk Kit Pemasaran Praktikal yang bakal dilancarkan kelak.

Hingga jumpa lagi.

Wednesday, August 10, 2011

Bahulu Malaysia di Program Man Jadda Wajadda TV AlHijrah

Rancangan Man Jadda Wa jadda episod pertama telah mendapat sentuhan Bahulu Malaysia yang turut membantu responden untuk meningkatkan taraf kehidupannya.Jom tonton.Klik



Man Jadda Wa Jadda Episod 1

Sunday, August 7, 2011

Promo Kursus Perniagaan Sate Utara

Kursus Perniagaan Sate Utara Slideshow: Bahulu’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.

ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH, kita telah selamat memulakan puasa dan kini telah masuk hari ketiga. Bahulu Malaysia mengucapkan selamat Berpuasa dan semoga kita mendapat puasa yang berkualiti.

Sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa Ramadhan ini di awalnya rahmah, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pelepasan dari api neraka. Moga-moga kita mendapat rahmat itu, pengampunan itu dan dilepaskan dari siksa neraka yang amat dahsyat.

Selamat Beribadah. Bulan Ramadhan adalan Bulan Jihad. Ayuh, teruskan usaha dan perjuangan kita.

Wednesday, July 20, 2011

Projek Masyarakat Bahulu Malaysia bersama TV AlHijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selasa lalu, Bahulu Malaysia bersama YBK dan TV AlHijrah telah bekerjasama bagi membantu seorang ibu tunggal yang mempunyai 11 orang anak. Dalam program ini, Bahulu Malaysia telah sudi untuk membangunkan potensi perniagaan peserta terbabit melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti. Dengan ketabahn, kecekalan dan motivasi yang tinggi yang telah ditunjukkan dalam Kursus tersebut, kami yakin beliau boleh berjaya suatu hari nanti.




Rancangan tersebut akan disiarkan Ogos ini di TV AlHijrah. Nantikan siarannya.

Thursday, July 14, 2011

|Pengumuman| Pendaftaran Pengedar akan ditutup




Kepada semua pengunjung, Bahulu Malaysia akan menutup pendaftaran pengedar pada 20 Julai 2011. Selepas itu, semua pendaftarn yang telah berjaya akan disahkan dan pengedaran untuk Ramadhan ini akan bermula.

Setakat ini,ALHAMDULILLAH kami telah mempunyai hampir 20 orang pengedar di seluruh Malaysia. Selamat berjaya kepada semua pengedar Bahulu Malaysia.

Gambar2 Kursus Perniagaan Bahulu Berinti terbaru..