Kursus Perniagaan Sate Utara
Pengenalan
Sate, atau Satay, merupakan makanan tradisi masyarakat Malaysia.
Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19. Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya sate arnab, sate perut dan sate ikan.
Kebanyakan orang Melayu tidak makan sate semata-mata. Oleh itu biasanya hidangan sate turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.
Sate Utara
Sate Utara yang diperap dengan ramuan istimewa |
Sate Utara merupakan sejenis sate yang unik. Kekuatan dan keenakan sate ini terletak pada rasa ayam dan dagingnya. Tidak seperti sate kajang yang terkenal pada kuahnya, Sate Utara menekankan nikmat dan kelazatan pada setiap gigitan ayam dan dagingnya. Dengan ramuan resepi dan rempah perapan ayam dan daging sate yang tersendiri, Sate Utara pasti memberikan pengalaman memakan sate yang sungguh berbeza. Kini. setiap gigitan memberikan rasa yang baru dan segar.
Kursus Perniagaan Sate Utara
Kursus Perniagaan Sate Utara adalah kursus unik yang dilengkapi dengan teknik memotong ayam, memerap seterusnya membakar sate tersebut. Seterusnya, para peserta akan didedahkan dengan teknik pemasaran, penjenamaan, pembungkusan, harga dan kos dan Teknik Pemasaran 3T yang amat membantu dalam membangunkan perniagaan kecil peserta. Ringkasnya, di dalam kursus ini anda akan dapat mempelajari;
A. Masakan Sate
1. Resepi Sate Utara
2. Teknik memotong ayam dan daging yang betul dan mudah
3. Teknik mencucuk sate yang cepat
4. Ramuan untuk memerap ayam dan daging sate
5. Teknik memerap ayam dan daging sate
6. Teknik membakar sate
B. Pembangunan Perniagaan Sate Utara (Kursus Asas)
1. Teknik Pemasaran Sate Utara
2. Pelan Pemasaran (Marketing Plan)
3. Penjenamaan (Branding)
4. Pengiraan Kos dan Harga Jual
5. Pengurusan Kewangan Super
6. Teknik memasuki pasaraya
Tempat
Kursus ini akan diadakan di Bahulu Malaysia Training Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Tarikh: 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Jam: 10 pg - 2 ptg
* Kursus akan dilanjutkan jika pengisian belum habis, jadi jangan risau.
Kelebihan Menyertai Kursus Ini
Kursus ini amat berbeza dengan kursus masakan yang lain. Kami menyediakan teknik masakan lengkap disertai dengan teknik pembangunan perniagaan yang dapat membantu anda membesarkan perniagaan anda dengan cepat.
Antara kelebihan kursus ini adalah;
1. Teknik lengkap menghasilkan sate langkah-demi-langkah
2. Teknik khusus memasarkan Sate Utara dan mengawal pasaran
3. Teknik menembusi pasaraya
Jaminan 100% Wang Dikembalikan
Kami benar-benar menekankan kepuasan pelanggan. Jaminan kami, jika dalam tempoh sejam pertama anda merasakan kursus ini tidak bermanfaat, cakap kosong atau biasa-biasa aje, anda boleh meminta 100% wang anda untuk dikembalikan. Ya, kami janji akan mengembalikan 100% wang anda.
Pelaburan Hebat Ini
Untuk semua ini, termasuk Jaminan 100% Wang Dikembalikan, kursus ini hanya berharga RM 450 seorang sahaja. Tapi, untuk pengenalan, kami menawarkan kursus ini dengan harga bukan RM 450, bukan juga RM 400, Bukan juga RM 380. Ya, untuk pengenalan, kursus ini hanya berharga RM 290 seorang. Daftar segera untuk turut mendapat ebook 100 resepi masakan malaysia.
Pendaftaran
Sila hubungi 017-2196250 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Cepat kerana hanya 12 tempat sahaja yang disediakan. Hanya 12 tempat!!