Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Wednesday, August 10, 2011

Bahulu Malaysia di Program Man Jadda Wajadda TV AlHijrah

Rancangan Man Jadda Wa jadda episod pertama telah mendapat sentuhan Bahulu Malaysia yang turut membantu responden untuk meningkatkan taraf kehidupannya.Jom tonton.Klik



Man Jadda Wa Jadda Episod 1

Sunday, August 7, 2011

Promo Kursus Perniagaan Sate Utara

Kursus Perniagaan Sate Utara Slideshow: Bahulu’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Beribadah di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.

ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH, kita telah selamat memulakan puasa dan kini telah masuk hari ketiga. Bahulu Malaysia mengucapkan selamat Berpuasa dan semoga kita mendapat puasa yang berkualiti.

Sesungguhnya Rasulullah bersabda bahawa Ramadhan ini di awalnya rahmah, ditengahnya pengampunan dan di akhirnya adalah pelepasan dari api neraka. Moga-moga kita mendapat rahmat itu, pengampunan itu dan dilepaskan dari siksa neraka yang amat dahsyat.

Selamat Beribadah. Bulan Ramadhan adalan Bulan Jihad. Ayuh, teruskan usaha dan perjuangan kita.

Wednesday, July 20, 2011

Projek Masyarakat Bahulu Malaysia bersama TV AlHijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selasa lalu, Bahulu Malaysia bersama YBK dan TV AlHijrah telah bekerjasama bagi membantu seorang ibu tunggal yang mempunyai 11 orang anak. Dalam program ini, Bahulu Malaysia telah sudi untuk membangunkan potensi perniagaan peserta terbabit melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti. Dengan ketabahn, kecekalan dan motivasi yang tinggi yang telah ditunjukkan dalam Kursus tersebut, kami yakin beliau boleh berjaya suatu hari nanti.




Rancangan tersebut akan disiarkan Ogos ini di TV AlHijrah. Nantikan siarannya.

Thursday, July 14, 2011

|Pengumuman| Pendaftaran Pengedar akan ditutup




Kepada semua pengunjung, Bahulu Malaysia akan menutup pendaftaran pengedar pada 20 Julai 2011. Selepas itu, semua pendaftarn yang telah berjaya akan disahkan dan pengedaran untuk Ramadhan ini akan bermula.

Setakat ini,ALHAMDULILLAH kami telah mempunyai hampir 20 orang pengedar di seluruh Malaysia. Selamat berjaya kepada semua pengedar Bahulu Malaysia.

Gambar2 Kursus Perniagaan Bahulu Berinti terbaru..












Wednesday, July 6, 2011

Kursus Masakan Bahulu Tradisional (Hidangan Keluarga)

Salam semua.

Apa khabar hari ini, semoga baik sentiasa. Pihak Team Bahulu Malaysia ingin melancarkan Kursus Masakan Bahulu Tradisional (Hidangan Keluarga) untuk suri rumah, suami mithali, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami cara-cara memasak bahulu tradisional warisan kita.

Kursus tersebut akan diadakan pada 17 Julai 2011 (Ahad) di Taman Melawati KL, dari jam 10 pg - 1 tengahari. HANYA 10 peserta sahaja akan diterima kerana kursus ini hands-on, bukan demo semata-mata.

Apa yang akan diajar dalam kursus 3 jam ini ialah;
1. Resepi masakan bahulu tradisional untuk seisi keluarga iaitu;
        A. Bahulu Cermai
      B. Bahulu Ikan Emas
      C. Bahulu Udang

2. Kandungan telur, tepung dan gula,
3. Teknik membancuh bahulu tradisional yang betul,
4. Teknik yang betul cara memasak bahulu,
5. Pengalaman memasak bahulu dengan panduan daripada saya,
6. Tips-tips penting masakan bahulu.


Ya, kursus ini bakal meningkatkan kemahiran anda dalam memasak bahulu untuk hidangan seisi keluarga dan juga untuk hidangan hari raya nanti.

Kami akan mengajar anda asas yang lengkap tentang masakan bahulu tradisional untuk hidangan keluarga. Boleh juga digunakan untuk santapan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Yuran kursus ini hanya RM180 sahaja.

Jaminan saya, setiap peserta pasti akan disediakan acuan bahulu tradisional sendiri, kerana ini adalah kelas hands-on. Jadi, semua akan merasa memasak bahulu tradisional sehingga puas.

Untuk pendaftaran, SMS nama penuh dan alamat anda ke 017-2196250 sebelum 14 Julai 2011 ini. Ingat, hanya 10 tempat sahaja disediakan!!

*Disclaimer: Kursus ini hanya untuk masakan seisi keluarga sahaja, dan bukan untuk perniagaan. Justeru, segala resepi dan teknik yang akan diajar di dalam kursus ini adalah sesuai untuk kegunaan masakan di rumah sahaja. Untuk mendapatkan resepi, teknik masakan dan strategi bisnes bahulu termasuk bahulu berinti, sila daftar untuk Kursus Perniagaan Bahulu Berinti. Terima kasih.

Wednesday, June 15, 2011

Latest Innovation: Bahulu Muffin..nyum..nyum..

Bahulu Muffin dah mai dah..tuuu diaaaa..
Berita baik untuk yang bercadang mengambil Kursus Perniagaan Bahulu Berinti kerana satu lagi resepi akan diajar di dalam training tersebut iaitu Bahulu Muffin ini.

Namun, pihak Bahulu Malaysia belum lagi mengeluarkan bahulu ini untuk jualan runcit. Justeru itu, barangsiapa yang berminat untuk mendalami dan memulakan perniagaan bahulu ini, boleh dapatkan bimbingan daripada kami melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti.

Daftar segera.

Thursday, June 2, 2011

Kepelbagaian Dalam 1 Bahulu Malaysia

Ya, betul! ini bukan kempen politik murahan..


Ini kempen membeli Bahulu Malaysia. Marilah membeli Bahulu Malaysia. Pelbagai jenis ada. Bahulu Berinti, Bahulu Tradisional, Bahulu Bersalut Coklat dan Bahulu Ikan.

Nak beli, klik sini.

Wednesday, June 1, 2011

Bahulu Berinti XTREME

Xtreme... memang Xtreme

Bahulu Berinti Coklat



Bahulu Berinti Xtreme dah sampai.

Tak pernah dgr pasal Bahulu yang ada inti? Amboi2, bukan roti je yang pandai ada inti2 ni, bahulu pun boleh daa..

Sekarang, BAHULU MALAYSIA menawarkan Bahulu Berinti dengan 5 jenis inti Xtreme untuk semua peminat tegar bahulu mahupun yang belum minat bahulu. Mai cuba rasa.

Klik di sini untuk beli Bahulu Berinti

Dengan 5 jenis iaitu Bahulu Berinti Strawberry, Blueberry, Coklat, Nenas dan Oren, kami menawarkan harga PALING KOMPETITIF untuk pelanggan. Dengan inti yang berkualiti (dan pastinya sedap), kami menjual satu bekas 50 biji bahulu berinti dengan harga HANYA RM18. ya, dgn 18 ringgit je anda sudah boleh makan bahulu berinti Xtreme. Alah, topup sekali pun dah 30 ringgit kan..

Bahulu  Berinti Strawberry menggunakan inti dari strawberry segar yang menjadikan bahulu itu terasa masam2 manis rasa strawberry indah sehingga ke perut..haha..tapi memang sedap la..

Bahulu Berinti Strawberry
Klik disini untuk beli Bahulu Berinti

Bahulu Berinti Blueberry yang masam2 meliurkan sape2 saja yang suka masam..
Bahulu Berinti Blueberry
Klik disini untuk beli Bahulu Berinti

Bahulu Berinti Coklat dengan coklat yang ala2 Choki-choki (kami jamin rasa mmg sama dgn Choki-choki), sedap hingga menggigit lidah..
Bahulu Berinti Coklat

Klik disini untuk beli Bahulu Berinti

Bahulu Berinti Oren yang dibuat dari oren segar bugar menjanjikan rasa oren yang luar biasa pada yang memakannya...
Bahulu Berinti Oren
Klik disini untuk beli Bahulu Berinti

Selamat menikmati Bahulu Berinti Xtreme..

Bahulu Bersalut Coklat- Khas untuk Majlis Perkahwinan SHJ.

Ting..tong..
ting..tong





Pening kepala memikirkan cenderahati perkahwinan?? Hampir ber"gocoh" dgn kakak kerana tak setuju dgn cenderahati perkahwinan yang ntah apa-apa? Atau hampir-hampir membatalkan majlis perkahwinan kerana takde cenderahati yangs sesuai? Takanla kenduri (ops, resepsi) buat di hotel 5 bintang atau dewan besar2, tapi bg cenderahati sudu kecik dua batang..ish..ish..

Jeng..jeng..jeng..KINI..

Bahulu Malaysia dgn bangga menampilkan Bahulu Bersalut Coklat, khas untuk tempahan majlis-majlis seperti perkahwinan dan keraian lainnya. Bahulu yang dulunya kosong dan sepi kini disaluti coklat enak ditaburi manik2 indah menambah seri kenduri perkahwinan anda.

Jangan biarkan pengunjung merendah2kan majlis anda yang telah menghabiskan RM30 ribu duit simpanan anda.

Buatkan pengunjung melopong dan berbisik2  
"uish, power gila goodie bag dia, siap bg bahulu bersalut coklat tu..TAK PERNAH DAPAT BAHULU CAMNI.."

Ha, power tak pujian tu?? Maka, jadilah org yang terawal di tempat anda untuk mempersembahkan Bahulu Bersalut Coklat sebagai cenderahati Perkahwinan anda.

Dengan beberapa pilihan kotak cenderahati istimewa, Bahulu Bersalut Coklat hanya dibuat berdasarkan tempahan khas sahaja. Untuk tempahan, anda perlu HUBUNGI saya melalui telefon di 017-2196250 sahaja.

Harga? tak mahal, tentu mampu punya. Penghantaran? Jgn risau, boleh diurus baa. Kehendak anda? ya, kami boleh ikut kehendak anda, nak bungkus letak reben, letak apa2 je la..

Tempah sekarang di 017-2196250. Kapasiti kami terhad, hanya yang tempah awal sahaja yang akan dapat. Kalau clash tempahan, kami mungkin terpaksa menolak tempahan yang lambat. Tempah segera di 017-2196250. Ayuh!!

Wednesday, May 25, 2011

1 Kawasan 1 Pengedar Bahulu Malaysia

Ahha..

Kami semakin menambah nilai untuk projek Pengedar Bahulu Malaysia kami. Kini, Bahulu Malaysia melancarkan Program 1 Kawasan 1 Pengedar. Setakat ini sudah ada beberapa pengedar yang didaftarkan.

Senarai semasa Pengedar Bahulu Malaysia  akan diberikan tidak lam lagi. Daftar di sini untuk menjadi pengedar atau di sini untuk mendapat penerangan daripada kami.

Daftar segera sebelum orang lain. Daftar cepat sementara syarat2 menjadi Pengedar masih lagi rendah, tiada modal permulaan dan tiada kos atau yuran dikenakan.


Klik sini untuk daftar sebagai Pengedar Bahulu Malaysia
Klik Sini untuk mendapat penerangan lanjut berkaitan menjadi pengedar kami.

Sunday, May 22, 2011

Pengedar diperlukan SEKARANG!

Tuan Puan sekalian,
Sebelum pelancaran Produk Bahulu Malaysia pada awal Jun nanti, kami sedang mencari pengedar-pengedar yang berminat untuk menjana pendapatan lebih. Jangan risau, tiada syarat ketat atau modal pendahuluan diperlukan. Hanya dapatkan tempahan dari pelanggan anda, berikan tempahan tersebut kepada kami, ambil tempahan anda dan hantarkan kepada pelanggan anda. Untuk memudahkan kerja anda, kumpul semua tempahan untuk seminggu dan tempah sekali seminggu dgn kami. Ringkas dan mudah bukan.

Hanya telefon saya di 017-2196250 untuk pendaftaran atau untuk mengetahu lebih lanjut tentang margin keuntungan pengedar dan syarat-syaratnya.

Ingat, kami mungkin akan mengenakan syarat ketat dan modal permulaan kepada pengedar-pengedar suatu hari nanti. Jika anda lambat mendaftar, mungkin anda yang rugi..peluang tersedia tanpa perlu modal, apalagi, terjun la....

Klik sini untuk mendaftar sebagai pengedar.
Klik sini untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan menjadi pengedar.

Thursday, May 19, 2011

Apa yang mereka tanya???

Assalamualaikum dan salam selamat semua,

Setelah mengendalikan banyak training pembangunan perniagaan kecil melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti ini, pelbagai isu peniaga mikro yang telah saya dengari dan bersama-sama untuk selesaikan. Apa yang mereka tanya saya melalui telefon atau semasa training? Ya, memang banyak persoalan yang mereka perlu bantuan.

Mereka tahu untuk berniaga, tapi mereka mahu tahu bagaimana untuk pergi lebih jauh dan berjaya.

Mereka selalu bertanya;

"Encik Shahrul, kalau nak masuk pasaraya macammane tu?"
"saya ni memang nak berniaga, tapi boleh laku ke?"
"bahulu ni biasanya jual kat mana ye En. Shahrul?"

Antara soalan yang paling memerlukan perhatian adalah;
"Cikgu, boleh jual ke bahulu ni?"
"laku ke bahulu ni Encik Shahrul?"

Tuan-tuan puan-puan, daripada soalan-soalan di atas, kita dapat melihat semangat dan kehendak yang tinggi untuk mereka memulakan perniagaan sendiri, namun ada sesuatu yang kurang? Apakah itu??

Ya, mereka kurang pengetahuan berkaitan kemahiran bisnes yang paling penting- PEMASARAN DAN PROMOSI.

Epal yang sama, namun kuasa Marketing menunjukan seolah-olah ianya epal yang berkualiti tinggi.
Dalam dunia perniagaan, produk sudah jadi bini No.2, sebaliknya Pemasaran dan Promosi adalah bini No.1. Bini no.2 ni memang kita sayang sangat sebab biasanya muda dan cantik, tapi hati lebih terikat dgn bini NO.1, betul tak? Begitu juga dlm perniagaan, kualiti dan variasa produk sangat penting, namun tanpa Pemasaran yang kukuh, hasilnya tidak kemana..

Justeru itu, melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti, kami memastikan semua peserta mendapat gambaran asas berkaitan Teknik Pemasaran dan Promosi supaya mereka dapat melangkah lebih jauh dan pantas dlm perniagaan bahulu.

Wednesday, May 18, 2011

Pengumuman

                                                  Pengumuman,

Memandangkan kami dijadual memulakan penjualan online Jun ini, ini adalah pra-jualan. Jadi, kami sedang mendapatkan caj pos sebenar daripada PosLaju dan beberapa courier lain. Harga yang tertera tidak termasuk caj pos. Kami akan maklumkan caj penuh pos sedikit masa lagi. Jadi, untuk sebarang pembelian sebelum itu, kami akan memaklumkan caj pos setelah penghantaran dibuat. Terima kasih.

Harga Produk-produk Bahulu Malaysia

Salam semua,

Tentu tuan puan bertanya-tanya tentang harga produk-produk Bahulu Malaysia. Berikut adalah senarai harga Produk Bahulu Malaysia (tidak termasuk caj pos);

1. Bahulu Berinti  RM 18 sebekas (50 biji)
2. Bahulu Tradisional  RM 15 sebekas (50 biji)
3. Bahulu Ikan Kecil  RM 15 sebekas (20 biji)
4. Bahulu Ikan Besar  RM 15 seekor
5. Bahulu Bersalut Coklat  RM 15 sebekas (20 biji)

Dapatkan segera hanya ONLINE di sini..

Beli di sini..

Salam semua..
Terkini, semua pelanggan boleh membeli pelbagai Produk Bahulu Malaysia terus dari blog ini. Caranya:
1. Klik Borang Tempahan di atas;
2. Pilih produk Bahulu Malaysia yang diingini;
3. Lengkapkan maklumat peribadi untuk proses penghantaran
4. Lakukan pembayaran dan isi maklumat pembayaran;
5. Tunggu pengesahan kami dan Bahulu anda akan dihantar dalam tempoh 72 jam bekerja!!

Klik sini untuk beli Bahulu Malaysia

Tuesday, May 17, 2011

Produk Bahulu Malaysia akan dipasarkan di sini!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tuan-tuan, mulai Jun 2011 ini, Pihak Bahulu Malaysia akan mula memasarkan produk-produk Bahulu Malaysia melalui blog ini dan web www.bahulumalaysia.com. Senarai harga dan cara tempahan akan disertakan kemudian.

Jadi, bolehlah tuan-tuan merasa pelbagai jenis produk Bahulu Malaysia. Untuk pengetahuan semua, produk-produk kami dihasilkan oleh beberapa buah perniagaan yang merupakan hasil daripada Kursus Perniagaan Bahulu Berinti.

Tuesday, May 10, 2011

Sumbangan Program Candat Sotong Harian Metro

Assalamualaikum semua,
Pada 28 April lepas, pihak Sweet Bahulu, yang merupakan salah satu peserta Kursus Perniagan Bahulu Berinti dengan kerjasama Bahulu Malaysia telah memberikan sumbangan berupa 500 pek bahulu kepada pihak Harian Metro sempena Program Mencandat Sotong 2011 di Terengganu.
Sumbangan diberikan kepada wakil HM di hadapan pejabat Harian Metro.

Demi mengembangkan aktiviti unik sebegini, Sweet Bahulu dan Bahulu Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha sebegini yang dapat mempromosi negara kita sebagai tempat pelancongan yang menarik dan unik kepada seluruh dunia.

Pihak Bahulu Malaysia dengan ini mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada Sweet Bahulu atas tajaan 500 pek bahulu tersebut. Semoga perniagaan bahulu Sweet Bahulu berkembang pesat. Selamat Berjaya!!

Saturday, April 23, 2011

Tawaran Kami!!!! Modul Kursus

Salam selamat semua..
Berikut adalah MODUL KURSUS yang kami tawarkan di dalam Pakej Kursus Perniagaan Bahulu Berinti iaitu;



FIRST STAGE
(on Bahulu Baking skills)
Module One: Introduction on Bahulu baking
 Introduction on Bahulu Malaysia recipe
 Hot tips on Bahulu baking

Module Two: Hands-on Bahulu Berinti and Tradisional Baking
 Baking tips and techniques for Bahulu Berinti and Tradisional.
 Hands-on baking of;
o Bahulu Berinti Strawberry
o Bahulu Berinti Blueberry
o Bahulu Berinti Coklat
o Bahulu Berinti Buah Naga
o Bahulu Berinti Oren
o Bahulu Berinti Lemon
o Bahulu Tradisional

Module Three: Hands-on Bahulu Ikan Baking
 Baking tips and techniques of Bahulu Ikan
 Hands-on of:
o Bahulu Ikan Kecil
o Bahulu Ikan 8”
o Bahulu Ikan 11”

Module Four: Hands-on Bahulu Bersalut Coklat
 Baking tips and techniques of Bahulu Bersalut Coklat
 Hands-on Bahulu Bersalut Coklat

Module Five: Hands-on Bahulu Gulung
 Baking tips and techniques of Bahulu Gulung
 Hands-on Bahulu Gulung


SECOND STAGE
(Bahulu Business Skills)
Module One: (Business Motivation) Begin With the End in Mind
 Setting the Goals and Expectations
 SWOT Analysis
 Explanation on “Ayat 1000 Dinar”

Module Two: Introduction on Bahulu Industry
 The general perspective on Bahulu business
 The Food Industry in Malaysia
 Potential and competition
 Business Boosters
 It’s Small Business but Profitable
 Future forecast

Module Three: Costing and Pricing
 Costing for Bahulu products
 Pricing strategy

Module Three: Channel of Distributions
 Types of Channel of Distribution
 Advantages and disadvantages of each channel
 Steps to get Bahulu products into super/ hypermarkets

Module Four: Marketing and Promotion
 Marketing types and strategy for Bahulu business
 Designing the Marketing Plan
 Designing the Sales Plan

Utk pendaftaran, sila hubungi en. Shahrulnizam di 017-2196250.

BAHULU MALAYSIA di Harian Metro

Salam dan selamat semua..


ALHAMDULILLAH hari berita mengenai kami telah keluar di Harian Metro edisi 23 April 2011. Kami menawarkan KUrsus Perniagaan Bahulu Berinti yang komprehensif meliputi;
1. Resipi
2. Teknik memasak Bahulu Berinti dan pelbagai lagi jenis Bahulu Malaysia
3. Promosi dan Pemasaran
4. Ruang2 untuk pemasaran bahulu
5. Teknik dan langkah untuk memasarkan ke pasaraya dan hypermarket.

Kos terkini hanya RM1800 all in one cost. InsyaALLAH tiada kos tambahan. Untuk mendaftar, sila call 017-2196250 segera.
Terima kasih.

Thursday, January 27, 2011

Kursus Perniagaan Bahulu Berinti 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Bahulu Malaysia sekali lagi datang dengan satu pakej kursus perniagaan yang amat menarik- KURSUS PERNIAGAAN BAHULU BERINTI 2011.

Dengan pakej ini, para peserta akan mendapat;
1) Resipi bahulu yang mengandungi 16 jenis bahulu termasuk Bahulu Berinti Strawberry, Blueberry, Coklat, Kaya, Nenas, Bahulu Tradisional, Bahulu Ikan dan udang.

2) Training selama sehari yang meliputi resipi, cara memasak bahulu, teknik pemasaran dan promosi, saluran pengedaran dan teknik-teknik untuk menembusi pasaran di pasaraya.

3) Coaching selama dua bulan di mana para peserta boleh menghubungi saya untuk bertanya dan berbincang tentang resipi dan cara masakan.

4) Sijil penyertaan.

5) Extra resipi. Saya juga akan mengajar Bahulu Gulung.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi saya segera di 017-219 6250.