Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Wednesday, July 6, 2011

Kursus Masakan Bahulu Tradisional (Hidangan Keluarga)

Salam semua.

Apa khabar hari ini, semoga baik sentiasa. Pihak Team Bahulu Malaysia ingin melancarkan Kursus Masakan Bahulu Tradisional (Hidangan Keluarga) untuk suri rumah, suami mithali, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami cara-cara memasak bahulu tradisional warisan kita.

Kursus tersebut akan diadakan pada 17 Julai 2011 (Ahad) di Taman Melawati KL, dari jam 10 pg - 1 tengahari. HANYA 10 peserta sahaja akan diterima kerana kursus ini hands-on, bukan demo semata-mata.

Apa yang akan diajar dalam kursus 3 jam ini ialah;
1. Resepi masakan bahulu tradisional untuk seisi keluarga iaitu;
        A. Bahulu Cermai
      B. Bahulu Ikan Emas
      C. Bahulu Udang

2. Kandungan telur, tepung dan gula,
3. Teknik membancuh bahulu tradisional yang betul,
4. Teknik yang betul cara memasak bahulu,
5. Pengalaman memasak bahulu dengan panduan daripada saya,
6. Tips-tips penting masakan bahulu.


Ya, kursus ini bakal meningkatkan kemahiran anda dalam memasak bahulu untuk hidangan seisi keluarga dan juga untuk hidangan hari raya nanti.

Kami akan mengajar anda asas yang lengkap tentang masakan bahulu tradisional untuk hidangan keluarga. Boleh juga digunakan untuk santapan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. Yuran kursus ini hanya RM180 sahaja.

Jaminan saya, setiap peserta pasti akan disediakan acuan bahulu tradisional sendiri, kerana ini adalah kelas hands-on. Jadi, semua akan merasa memasak bahulu tradisional sehingga puas.

Untuk pendaftaran, SMS nama penuh dan alamat anda ke 017-2196250 sebelum 14 Julai 2011 ini. Ingat, hanya 10 tempat sahaja disediakan!!

*Disclaimer: Kursus ini hanya untuk masakan seisi keluarga sahaja, dan bukan untuk perniagaan. Justeru, segala resepi dan teknik yang akan diajar di dalam kursus ini adalah sesuai untuk kegunaan masakan di rumah sahaja. Untuk mendapatkan resepi, teknik masakan dan strategi bisnes bahulu termasuk bahulu berinti, sila daftar untuk Kursus Perniagaan Bahulu Berinti. Terima kasih.