Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Sunday, September 21, 2008

Resipi Rahsia #2



Assalamualaikum dan selamat menyambut 10 malam terakhir Ramadhan.


Semoga kita dapat melalui lailatul Qadr dengan rahmat ALLAH. InsyaALLAH kali ni saya nak berkongsi resipi2 kuih raya dengan anda. Teruskan bersama BAHULU HOUSE untuk pelbagai resipi menarik.




Resipi kali ni adalah PUDING KRIM KARAMEL.




Bahan-bahan:


1- Susu UHT 450g


2- Susu sejat 100g


3- Gula 100g


4- Telur 4 biji


5- Esen vanilla 1/2 sudu


6- Gula (utk karamel) 50g


7- Air- sedikit


Cara-caranya;


1- Cairkan gula dgn susu UHT atas api yang kecil.


2- Matikan api. Masukkan telur yang telah dipukul kemudian esen vanilla. Kacau hingga sebati.


3- Tuangkan bancuhan kedalam acuan.


4- Rendam acuan di dalam loyang berisis air.


5- Bakar selama 30 minit pada suhu 160c


6- Untuk karamel, masak gula dgn air di atas api kecil sehingga keperangan.


7- Tuang rata ke atas puding yang telah masak.


Selamat mencuba dan merasa puding anda. Ada macam puding ni tak??

Wednesday, September 17, 2008

Resipi Rahsia #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai pelawat yang ingin mengetahui apakah bahan-bahan rahsia neenk moyang kita dahulu hingga ke hari ini. Dalam menghasilkan bahulu ini, kita memerlukan beberapa bahan. Pada artikel ini, saya akan paparkan rahsia bahan-bahan untuk menyediakan kuih bahulu. Tunggu dulu, ada lagi beberapa teknik untuk menghasilkan kuih bahulu yang cantik, sedap dan moden. Tapi, itu semua akan saya sentuh dalam artikel selanjutnya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bahulu. Ingat, ada 1001 resipi bahulu, pilihlah yang berkenan di hati.

Bahan-Bahan:
1 mangkuk telur ayam 1,
mangkuk gula pasir setengah kg,
tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih bahulu


Cara-caranya (yang ni basic je, advance nanti saya bagi):

1- Goreng tepung sampai masak.
2- Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.
3- Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.
4- Pukul telur dan gula sampai kembang.
5- Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
6- Masak sehingga selesai.

Emm, macam mana? jadi ke?? Kalau dah jadi, boleh la sms saya. Kita challenge nak??

Tuesday, September 16, 2008

Selamat datang..

Assalamualaikum,
Selamat datang kepada semua pengunjung.Laman blog ini diwujudkan sebagai tempat informasi berkaitan pembuatan Bahulu, kuih tradisional kebanggaan masyarakat Melayu di Malaysia ini. Selain daripada itu, insyaALLAH saya juga akan menyediakan informasi-informasi lain berkaitan dunia bakeri. selamat membaca.