Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Wednesday, September 17, 2008

Resipi Rahsia #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti ramai pelawat yang ingin mengetahui apakah bahan-bahan rahsia neenk moyang kita dahulu hingga ke hari ini. Dalam menghasilkan bahulu ini, kita memerlukan beberapa bahan. Pada artikel ini, saya akan paparkan rahsia bahan-bahan untuk menyediakan kuih bahulu. Tunggu dulu, ada lagi beberapa teknik untuk menghasilkan kuih bahulu yang cantik, sedap dan moden. Tapi, itu semua akan saya sentuh dalam artikel selanjutnya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bahulu. Ingat, ada 1001 resipi bahulu, pilihlah yang berkenan di hati.

Bahan-Bahan:
1 mangkuk telur ayam 1,
mangkuk gula pasir setengah kg,
tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih bahulu


Cara-caranya (yang ni basic je, advance nanti saya bagi):

1- Goreng tepung sampai masak.
2- Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali.
3- Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.
4- Pukul telur dan gula sampai kembang.
5- Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
6- Masak sehingga selesai.

Emm, macam mana? jadi ke?? Kalau dah jadi, boleh la sms saya. Kita challenge nak??