Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Sunday, September 21, 2008

Resipi Rahsia #2



Assalamualaikum dan selamat menyambut 10 malam terakhir Ramadhan.


Semoga kita dapat melalui lailatul Qadr dengan rahmat ALLAH. InsyaALLAH kali ni saya nak berkongsi resipi2 kuih raya dengan anda. Teruskan bersama BAHULU HOUSE untuk pelbagai resipi menarik.




Resipi kali ni adalah PUDING KRIM KARAMEL.




Bahan-bahan:


1- Susu UHT 450g


2- Susu sejat 100g


3- Gula 100g


4- Telur 4 biji


5- Esen vanilla 1/2 sudu


6- Gula (utk karamel) 50g


7- Air- sedikit


Cara-caranya;


1- Cairkan gula dgn susu UHT atas api yang kecil.


2- Matikan api. Masukkan telur yang telah dipukul kemudian esen vanilla. Kacau hingga sebati.


3- Tuangkan bancuhan kedalam acuan.


4- Rendam acuan di dalam loyang berisis air.


5- Bakar selama 30 minit pada suhu 160c


6- Untuk karamel, masak gula dgn air di atas api kecil sehingga keperangan.


7- Tuang rata ke atas puding yang telah masak.


Selamat mencuba dan merasa puding anda. Ada macam puding ni tak??