Latest Promo

Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, May 19, 2011

Apa yang mereka tanya???

Assalamualaikum dan salam selamat semua,

Setelah mengendalikan banyak training pembangunan perniagaan kecil melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti ini, pelbagai isu peniaga mikro yang telah saya dengari dan bersama-sama untuk selesaikan. Apa yang mereka tanya saya melalui telefon atau semasa training? Ya, memang banyak persoalan yang mereka perlu bantuan.

Mereka tahu untuk berniaga, tapi mereka mahu tahu bagaimana untuk pergi lebih jauh dan berjaya.

Mereka selalu bertanya;

"Encik Shahrul, kalau nak masuk pasaraya macammane tu?"
"saya ni memang nak berniaga, tapi boleh laku ke?"
"bahulu ni biasanya jual kat mana ye En. Shahrul?"

Antara soalan yang paling memerlukan perhatian adalah;
"Cikgu, boleh jual ke bahulu ni?"
"laku ke bahulu ni Encik Shahrul?"

Tuan-tuan puan-puan, daripada soalan-soalan di atas, kita dapat melihat semangat dan kehendak yang tinggi untuk mereka memulakan perniagaan sendiri, namun ada sesuatu yang kurang? Apakah itu??

Ya, mereka kurang pengetahuan berkaitan kemahiran bisnes yang paling penting- PEMASARAN DAN PROMOSI.

Epal yang sama, namun kuasa Marketing menunjukan seolah-olah ianya epal yang berkualiti tinggi.
Dalam dunia perniagaan, produk sudah jadi bini No.2, sebaliknya Pemasaran dan Promosi adalah bini No.1. Bini no.2 ni memang kita sayang sangat sebab biasanya muda dan cantik, tapi hati lebih terikat dgn bini NO.1, betul tak? Begitu juga dlm perniagaan, kualiti dan variasa produk sangat penting, namun tanpa Pemasaran yang kukuh, hasilnya tidak kemana..

Justeru itu, melalui Kursus Perniagaan Bahulu Berinti, kami memastikan semua peserta mendapat gambaran asas berkaitan Teknik Pemasaran dan Promosi supaya mereka dapat melangkah lebih jauh dan pantas dlm perniagaan bahulu.