Pada 28 April lepas, pihak Sweet Bahulu, yang merupakan salah satu peserta Kursus Perniagan Bahulu Berinti dengan kerjasama Bahulu Malaysia telah memberikan sumbangan berupa 500 pek bahulu kepada pihak Harian Metro sempena Program Mencandat Sotong 2011 di Terengganu.
Sumbangan diberikan kepada wakil HM di hadapan pejabat Harian Metro. |
Demi mengembangkan aktiviti unik sebegini, Sweet Bahulu dan Bahulu Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha sebegini yang dapat mempromosi negara kita sebagai tempat pelancongan yang menarik dan unik kepada seluruh dunia.
Pihak Bahulu Malaysia dengan ini mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada Sweet Bahulu atas tajaan 500 pek bahulu tersebut. Semoga perniagaan bahulu Sweet Bahulu berkembang pesat. Selamat Berjaya!!